PAHANG RIDERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeLatest imagesPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

 

 SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI‏....renung-renungkan bersama....

Go down 
AuthorMessage
Skinny Queen
B FULL
B FULL
Skinny Queen


email : skinny_queen@hotmail.com
Posts : 280
Join date : 2009-04-24
Location : PJ

SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI‏....renung-renungkan bersama.... Empty
PostSubject: SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI‏....renung-renungkan bersama....   SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI‏....renung-renungkan bersama.... Icon_minitimeWed Oct 21, 2009 12:56 pm

SUATU PERJALANAN
“Tanggungjawab suami selain memberi nafkah dan mencari rezeki, jangan
lupa bimbing anak dan isteri. Kalau suatu hari berlaku selisih faham,
jangan cepat menuding jari. Duduk berbincang dan cari kata sepakat.
Tiada bumi tak ditimpa hujan.”

Teringat pesan ayah di suatu petang...
“Ayah dulu bila arwah mak mula bising bersuara, ayah tak balas dengan
kata-kata. Ayah keluar hidupkan motor, pergi ke Behrang cari mee
goreng mamak. Bila sampai saja di rumah, ayah hulur pada arwah Mak,
muka yang tadi masam terus tersenyum riang. Suami kena tahu kesukaan
isteri, supaya mudah memujuk hati,” ayah menambah berkongsi pengalaman
selama 41 tahun bersama arwah Mak.

Persefahaman antara suami dan isteri bukan boleh dicapai sehari dua.
Ia merupakan satu perjalanan sepanjang usia perkahwinan. Cabaran dan
dugaan pastinya tidak sama, di awal, pertengahan dan di hujungnya.
Justeru, sikap saling memberi dan menerima sangat perlu dipupuk dan
dibaja. Memberi kelebihan diri untuk saling melengkapi. Menerima
kekurangan untuk saling menginsafi, suami mahu pun isteri bukanlah
manusia sempurna.


SILAP ISTERI
Kesilapan isteri bermula apabila melupakan kebaikan suami kerana benci
dengan sikapnya yang tidak menyenangkan hati. Silap menjadi dosa andai
keistimewaan suami orang yang sering dibicara. Keburukan suami dijaja,
atas alasan minta nasihat rumahtangga. Tapi apa maknanya kalau semua
orang bercerita. Rasulullah SAW pernah mengingatkan melalui sabdanya
yang bermaksud:

“Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka”Seorang
wanita lalu bangun bertanya, “Apakah yang menyebabkan yang demikian?
Adakah sebab kami ini kufur?”Rasulullah SAW menjawab, “Tidak. Bukan
begitu. Tetapi ada dua tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu kedalam neraka:

1. Kamu banyak mengutuk atau menyumpah

2. Kamu kufurkan kebaikan suami.”

Ada kalanya, isteri merajuk tanpa sepatah kata. Suami yang tak tahu
menahu, terus buat biasa. Muka isteri semakin kelat, hilang serinya.
Menahan ego diri, ingin dipujuk dengan kata cinta, namun tidak
berbicara dan bersemuka. Suami tertanya-tanya sendiri, akhirnya terasa
hati. Salah siapa agaknya, bila masing-masing memendam rasa. Kasih
mula bertukar marah. Marah marak menyala benci.


YANG LEBIH, YANG KURANG
“Awak beruntung ye, dapat suami yang memahami. Tak seperti saya.
Hari-hari menjeruk rasa,” luah seorang teman yang baru beroleh cahaya
mata.
“Suami saya juga ada kurangnya. Tapi kelebihannya lebih banyak untuk
saya perkatakan. Saya pun isteri yang ada salah dan silap,” jawab saya
supaya dia buka mata.
“Ada suami yang tak pandai urusan rumah tangga, namun dia bijak
berjenaka, meriah suasana. Ada suami yang jarang menghadiahkan bunga,
tapi selalu membelanja anak dan isteri dengan makanan istimewa. Dan
ramai juga suami yang tidak reti memujuk, bermain kata. Tapi mudah
bertoleransi bila diminta bantu sini dan sana . Ketepikan
kekurangannya dan ambil kelebihan. Pasti awak juga akan rasa bertuah
beroleh suami seperti dia.” pujuk saya lagi. Moga-moga dia berubah
hati. Kembali ‘memandang tinggi’ kehadiran seorang suami.


ENGKAU TERBAIK UNTUKKU
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apa pula suami isteri, buang yang
keruh, ambil yang jernih. Baru teguh peribadi.”
Wahai teman bergelar isteri, mari kita muhasabah diri. Pohon keampunan
dari Ilahi agar cinta Nya bersemi kembali. Banyakkan istighfar dan
juga sedekah, kerana janji Allah setiap kebaikan menghapus kejahatan.
Susunkan jemari pintalah kemaafan dari lelaki bernama suami. Jangan
bertangguh dan jangan lengah. Bimbang maaf tiada serinya lagi.
Pandang wajahnya, lihat matanya. Bisikkan di sanubari, “Terima kasih,
suamiku. Engkau terbaik untuk diri ini.”
Mencari dan terus mencari cinta Ilahi.
Saling berpesan-pesan kpd kebaikan..
“The only real mistake is the one from which we learn nothing...”
Back to top Go down
 
SAYANGI DAN BERSYUKURLAH DENGAN KEHADIRAN SEORANG YANG BERGELAR SUAMI‏....renung-renungkan bersama....
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» Kisah seorang janda....
» story santai minda...
» [b]JIKA SUAMI....[/b]
» suami..isteri dan dot dot dot
» hiLanGKan TeNsEnmU iTU....

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA-
Jump to: