PAHANG RIDERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeLatest imagesPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

 

 story santai minda...

Go down 
4 posters
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 8:42 pm

BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada sorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang,rumah besar,kereta -
malah,aku juga ada wanita yang cantik.
Sekarang dlm skelip mata,semuanya dah hilang"
"Oh kesiannya.Apa yang berlaku?Kau diisytihar bankrap ke?"
tanya si teman penuh simpati.
"Ah..tak lah. Bini aku dpt tau...."


Last edited by rahmatchini on Sun Jun 07, 2009 9:37 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 8:45 pm

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang
penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar
tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan
salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan
untuk berjumpa dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok...?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya
Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk
kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya,
saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi
kemajuan kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..
En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang
kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin
memotong dan menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal
dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi
sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 8:56 pm

HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara
yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik,
gilirannya akan tiba sebentar nanti.
"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya
terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan
yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya.
Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan
selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma
masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi
mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 8:57 pm

MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil
isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk
bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti
keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak
hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 9:32 pm

Ayah aku cerita kat aku zaman dia masuk askar dulu².

Masa ni, askar masih lagi ada pegawai British.
Dan pegawai-pegawai ni pulak, dapat arahan kena cakap Melayu. Takleh bagi dah arahan dalam English.

Diorang semua nak berlatih menembak (agaknya, aku dah lupa) dkt padang.
Pegawai ni pun suruh diorang berbaris pastu sedia nak menembak. Seorang penembak digelar Marker.
Jadi bila nak tembak ramai-ramai, kena la sebut Markers!





Dalam bahasa Melayu, Marker tu Tanda kan..




Untuk Markers??
Jadi pegawai ni jerit TANDAS!!!!~~



Akibatnye semua gelak.. satu padang kena denda lari pusing padang.. huahuahuahua....


:eek: :eek: :eek:
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 9:34 pm

PUKUL BERAPA BUKA?
Pada suatu tengah malam telefon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan dibuka?"
seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat
encik menelefon saya di tengah malam buta ni?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya
lagi dengan nada kecewa.
"Tidak, perpustakaan hanya akan dibuka pada pukul 9!"
pustakawan itu menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu
sampai pukul 9 pagi untuk masuk?"
"Siapa kata saya mahu masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 9:36 pm

TIDAK SUKA PERANG
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu
mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut
bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka
menggemari peperangan atau mahukan keamanan.
Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.
"Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab
kenapa kamu bencikan peperangan?" tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun.
Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat
untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.
"Saya bencikan perang, sebab peperangan akan
membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan
mata pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.

jujur betul budak tu ye..
Back to top Go down
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: kisah cintan kala boring.....   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 9:49 pm

isaat kebosanan melanda, cerita cintan mcm ni pn bleh gak layan...alaa, bukn slalu pn....sekali skala jadi syahdu pn, ok gak 2.....x der la bosan menunggu atau boring biler menunggu.....hahahahahahahhaha...selamat membaca...
"MEMBACA ADALAH AMALAN YANG MULIA.........."

ORANG kata, jangan benci sangat pada seseorang, kelak kita akan menyintainya separuh mati. Walau tidak termaktub dalam kitab, namun kata-kata inilah yang diperturunkan dari generasi ke generasi.Pepatah
Inggeris pula ada menyebut, it takes a second to know someone, a minute to like someone, an hour to love someone but it takes the rest of your life to forget your love ones.

Tiada kajian saintifik membuktikan kesahihannya kerana proses kehidupan manusialah yang menjadi saksi kebenaran pepatah tersebut. Kata orang, cinta pertama sukar dilupakan walau datang cinta lain kemudiannya. Aku menyangkal. Perjalanan hidupku membuktikan sebaliknya. Tidak semua orang bertuah memiliki cinta pertama sebagai cinta sejati. Bagiku, cinta pertama untuk dikenang. Cinta yang datang
kemudiannya mungkin cinta sejati ......

Kita tidak tahu bila kita akan bertemu cinta sejati kita. Mungkin pada cinta pertama, kedua, ketiga atau akhirnya kita menyedari bahawa cinta sejati kita hanyalah pada Ilahil ...... Namun aku bersyukur
kerana cinta sejatiku pada Penciptalah yang mempertemukanku dengan insan yang salah dahulu sebelum menemui cinta sejatiku.

Usiaku genap 22 tahun tiga hari lepas. Aku punya kisah cinta yang padan dengan pepatah tersebut. Ya, kerana bencilah aku menahan rasa cinta separuh mati kini. Walaupun baru ku tinggalkan hampir empat
bulan lalu, aku yakin dan percaya, cinta itulah yang akan terus ku kenang selamanya.

Dia, banyak mengajarku bidang ilmu yang ku cintai, arkitektur. Dia dengan sinis, sering menegurku tanggungjawab dan peranan seorang insan. Dia, ku tinggalkan bersama kenangan. Pastilah kerana cintaku
ini pernah bergelar pensyarahku, juga mantan suamiku.

"Saya cabar awak.""Saya cabar awak kahwin dengan saya sebaik saja awak habis belajar, which means in this three months time. It's just a challenge. If you aren't dare to, i bet you to tell me all the reasons why you hate me so much.. Well, what would you say?"

Cabarannya langsung tidak mengujakan namun ayat terakhirnya benar-benar mencabarku. Aku terima cabarannya asalkan dia juga menyahut cabaranku - kecuali ketika upacara membatalkan wuduk di majlis akad
nikah, aku mencabarnya agar tidak langsung menyentuhku. Saat dia menyentuhku, talak jatuh ke atasku.

Dengan wajah selamba dan senyuman sinis, dia menyahut cabaranku. Termeterailah perjanjian kami malam itu bersaksikan rakan-rakanku. Gila. Lawatan akademik yang paling menyayat hati. Rakan-rakan
menghakimi perbuatanku. Pelbagai pertanyaan mereka lontarkan. Pulang dari Bali dan kembali meneruskan pengajian, saban hari mereka memujukku melepaskan cabaran. Asal saja Encik Zhafran mengajar,
suasana janggal. Kerap dia menghasutku dengan sinis supaya melepaskan cabarannya.

Lemas, kadangkala berasa hampir tewas namun janji tetap janji. Aku mahu lebih tabah, lebih kuat. Cukuplah kisah lama. Hakikatnya aku tidak tahu salahku hingga begitu sekali dia membenciku. Aku hanya
insan biasa dengan rutin hidup normal, suka mengelamun dan tiada keistimewaan lain.

Seingatku, hari pertama semester ketiga, dia hadir memperkenalkan diri sebagai Encik Zhafran, mengajar reka bentuk seni bina. Panggilan formal dan santai, Sir Zhafran. Satu tabiatnya, setiap kali dia
bertanya ya atau tidak, kami perlu menjawab, "Yes sir!" atau "No Sir!" dengan tegas. Aneh.. Entah mengapa, setiap kali dia menyebut namaku, Aisyah, aku rasa menyampah.

Walaupun begitu, aku tetap menghormatinya. Dia prihatin dengan kerjaku, tidak pernah sekalipun dia mungkir singgah di mejaku ketika sesi tutorial. Komennya yang tegas dan membina menyenangkanku.
Realitinya, dia juga penyumbang kepada kejayaanku beroleh A dalam subjek tersebut. Untuk itu, aku amat berterima kasih.

Entah mana silapnya, sikap ramah dan prihatinnya terhadapku cuma bertahan satu semester sahaja. Menginjak ke semester keempat, ada saja sikap dan perbuatanku yang tidak kena di matanya. Sesi tutorial,
dia tidak lagi singgah di mejaku. Sesi pembentangan, dia jarang menumpukan perhatian namun banyak pula komen dan sindirannya. Kadangkala, terasa seperti diaibkan.

Rakan-rakan menyuruhku bersabar. Mereka juga hairan dengan perubahan tingkahnya terhadapku. Aku muhasabah diri, mencari khilaf yang mungkin menggurisnya. Namun aku buntu. Perasaanku yang sedih dengan
perlakuannya bertukar benci lalu aku juga bersikap dingin terhadapnya.

Benar, kebencian bernanah andai kita tidak merawatnya. Setahun dibiar, akhirnya 'nanah' itu pecah lalu terluahlah segala kebencian. Malam persembahan kebudayaan Malaysia - Bali menjadi saksi kebencian
kami yang akhirnya bertukar tragedi. Dalam amarah, kami saling mencabar disaksikan rakan-rakan. Aku akan pastikan kemenangan milikku.

Menghormati syariat dan adat, dia melakukan semua yang sepatutnya menghantar rombongan dan merancang majlis. Ibu tergamam tatkala cincin emas dihulurkan Datin Afifah. Bila ditanya, tenang saja kami
menjawab, dah jodoh. Kami memang pandai berlakon, mesra dan ramah di khalayak ramai.

Rabu, peperiksaan akhir tamat. Sabtu, hari 'bahagiaku' menjelang. Majlis akad nikah bersekali resepsi disambut meriah. Tidak henti-henti aku menguntum senyum 'bahagia'. Pastilah, sebentar nanti aku
akan memenangi cabaran ini.. Hatiku ketawa puas.

Selepas Zuhur, bersaksikan seluruh ahli keluarga, pensyarah dan rakan-rakan, kami diijabkabul. Saat bertentang mata dengannya dan menguntum senyum, aku sayu.

Walaupun sekadar permainan, akhirnya aku bergelar isteri. Bodohkah aku? Cabaran bertukar tangan. Kehidupan kami unik. Tiada bulan madu. Di kondonya, kami tinggal berlainan bilik. Dingin dan terasing. Tiada
interaksi yang kerap, bertegur sekadar bertanya perkara yang patut, mengejutkan Subuh atau saling menyindir. Makan biasanya asing, dia di dapur dan aku di hadapan televisyen ..... Aku menjalani kehidupan
yang bahagia sepanjang menyiapkan tesis akhir pengajian bersama 'suamiku'. Dia juga berpegang pada janji. Aku rasa selamat walau tidak mengunci pintu bilik di malam hari.

Keadaannya yang demam teruk satu pagi sebulan selepas pernikahan kami menyedarkanku. . Dalam demam dan batuk, dia berkeras tidak mengizinkanku menyentuhnya, bimbang nanti jatuh talak. Gila aku
dibuatnya. Kutegaskan sekali lagi syarat cabaran, hanya dia yang tidak boleh menyentuhku, bukan aku. Selama tiga hari menjaganya, aku menyediakan makanan, menyuapkan ubat, menuam dahinya, mengelap
badannya malah menemankannya hingga tidur. Kami cuma diam, kadangkala aku perasan genangan air matanya. Sepanjang itu dia berusaha tidak menyentuhku. Betapa dia berpegang pada janji. Aku bungkam. Mengapa?

Selepas dia pulih, kehidupan kami kembali normal. Runsing dengan sikapnya dan tertekan menyiapkan tesis, fikiran dan kesihatanku terganggu. Walaupun demam, aku nekad menyudahkannya. Gagal. Panas
badan menghentikanku. Tinggal beberapa muka lagi ketika aku tertidur di depan komputer pukul empat pagi.. Jam satu petang terjaga, aku panik. Komputerku ditutup. Pandanganku menangkap tiga buah buku
berkulit keras siap dijilid dengan namaku di atasnya. Ku semak hingga helaian terakhir. Itu tesisku! Semua fakta dan hujah yang kulakarkan disampaikan dengan terperinci, padat dan lengkap dengan gambarajah ... Sebahagiannya bukan kerjaku, pasti kerja dia.

Maaf saya siapkan, takut awak tak sempat hantar sebelum pukul 5. Jangan risau, saya bukan pensyarah penilai. Makanan dah disediakan, makanlah. Kalau tak larat drive, call me, i'll fetch you. I'm half
day today. So then, take care. Again, sorry.-Zhafran-

Nota kecil tersebut membuatkanku terjelepok ke lantai. Aku menangis, meraung kecil. Geram dan menyampah, sebal. Cukuplah! Tiga bulan sebumbung dengannya, aku tidak sanggup berpura-pura lagi. Aku perlu segera keluar dari rumahnya dan hilang daripada pandangannya. Aku tak mampu terus bersamanya. Aku nekad menerima tawaran belajar ke Glasgow .

Tanpa perasaan, ku nyatakan hasrat dan minta dia melepaskanku dengan alasan aku ingin mencari cinta pertamaku. Lama dia diam, kemudian mengangguk dan berlalu. Ibu bapaku hanya ku beritahu tentang hasrat
menyambung pengajian.

Lapangan terbang menyaksikan pertemuan dan perpisahan. Di sini juga ada ketawa dan air mata. Dan malam itu, aku ditemani keluarga dan Zhafran. Dia banyak mendiamkan diri, sekali-sekali melayan adik-
adikku dan tersenyum memandangku.

Saat perpisahan, aku menyalami seluruh ahli keluargaku. Sampai giliran Zhafran, keluargaku menjauh. Hanya aku dan dia. Tiba-tiba, dia menyentuhku, menarik tanganku bersalam dengannya. Hatiku luruh. Perlahan-lahan ku tunduk mencium tangannya. Air mataku bergenang. Bangkit semula, dia mencium dahiku lama. Dengan perlahan, dia berbisik, "Saya lepaskan awak. Carilah cinta awak. Saya doakan awak
bahagia."

Lambaian terakhirku pada mereka disertai deraian air mata yang deras mengalir. Aku sebak, amat. Hingga mereka hilang daripada pandangan, aku hanya nampak Zhafran dan senyuman ikhlasnya. Aku menangis dan
menangis. Aku mengerti segala yang berlaku, aku yang memintanya. Namun hatiku benar-benar pedih.

Tamatlah cabaran, perjanjian dan hubungan kami. Tapi aku pasti, sesuatu telah lama lahir dalam hatiku. Sebelum berlepas, nombor Zhafran ku dail. Lama baru ku dengar suaranya. Hatiku pedih.

"Kita kalah. Tapi saya kalah teruk bila awak tak tanya alasan membenci awak." Sir, i hate you. I have to since i realized that i've fallen into you the second you call out my name years ago and i can't believed it. "Saya bukan gadis suci. Memang saya masih dara tapi Ashraf dah terlalu banyak menyentuh saya. Saya kesal dan saya bertaubat. Tapi saya rasa jijik, benci diri sendiri. Saya tak layak
untuk sesiapa. Untuk itu, saya tak sanggup menyintai awak. Lepas kahwin, saya semakin membenci diri kerana saya sedar awak sayangkan saya. Tapi saya tak layak untuk awak!" Aku teresak. "I'm sorry i love
you sir. But i'm so sorry i can't love you. Take care."

************ ********* *****
Cintaku berakhir di situ. Di bumi Inggeris ini, aku belajar mengubati hati, menyibukkan diri dengan tugasan dan kuliah. Aku jumpa Ashraf, dia sudah berubah, juga minta ku kembali padanya. Maaf, hatiku bukan lagi untuknya. Sesekali ingatanku melayang mengenang Zhafran. Kadangkala termimpikannya dan apabila sedar, aku menangis.

Sejak di KLIA, kami sudah tidak berhubung. Mungkin dia juga sepertiku, ingin melupakan satu sama lain dan memulakan hidup baru. Melupakan? Semakin ku berusaha, semakin ku sedari betapa ku merinduinya.

Petang Khamis itu, aku bersiap ke masjid untuk bacaan Yassin. Musim luruh yang nyaman menenangkan hatiku tatkala menyusuri jalan. Pemandangan hijau dan lautan langit biru mengasyikkanku. Bam! Berpinar kepalaku terlanggar tiang lampu di tepi kawasan masjid. Dahi kugosok, cuba mengesan sebarang perubahan.

"Langsung tak berubah, suka mengelamun."

Aku tersentak lalu berpaling ke arah suara itu. Wajah yang ku rindui itu kini di hadapanku, sedikit cengkung.

"Ikut saya." Zhafran terus menarik lenganku dan mengheretku ke pintu masjid. Agak ramai orang di dewan utama. Dia berpusing memandangku. Matanya menjilat wajahku lama. Aku diam, berdebar.

"Saya tahu awak ada banyak soalan tapi kita boleh cerita nanti. Sekarang ni, saya nak kita masuk dalam dan nikah semula."

Jantungku seolah terhenti. Kutatapnya dalam. Tanpa sedar aku menapak selangkah ke belakang. Dia menghela nafas. "Aisyah, awak tahu tak saya dah lama sayangkan awak?""Setiap kali saya panggil nama awak, hati saya berdebar. Saya rasa bersalah, saya tak patut jatuh cinta pada pelajar sendiri. Sebab
itulah saya dingin terhadap awak untuk mengurangkan rasa bersalah saya. Tapi tak sangka perbuatan saya menyusahkan hingga awak membenci
saya. Malam tu di Bali , sebenarnya saya melamar awak takut-takut.
Tapi lain pula jadinya." Aku tergamam dengan penjelasannya.

"Semua orang buat kesilapan Aisyah, saya pun. Tapi yang penting ialah cara kita menanganinya, siapa kita pada hari ini dan apa kita nak jadi nanti. Kisah silam awak langsung tak mencacatkan perasaan saya terhadap awak." Dia berhenti.

"Sebulan saya di sini mencari awak, mengikuti rutin harian awak, memandang awak dari jauh. Saya tunggu awak habis edah. Saya tak nak rujuk, nanti kena sambung cabaran dulu. Saya nak nikah semula dengan
awak, saya nak awak jadi isteri saya semula."

Matanya bergenang. "Saya bukan malaikat. Tak ada satu ketika pun saya tak rasa nak sentuh awak. Bila awak tidur, saya masuk bilik tengok awak. Saya teringin usap awak, teman awak tidur. Saya geram tengok
awak ketawa depan TV. Dulu masa awak jaga saya, saya rasa susah sangat. Saya sedih kenapa kita jadi macam tu."Terdengar esakan.. "Aisyah, i need you, i love you so much. I can't be apart from you anymore. Will you take your stupid ex-hubby as your real husband again?"

Terlalu pantas dan mengejutkan. Sebak dan terharu. Lidahku kelu, air mataku sedari tadi tidak berhenti. Lama kuterdiam, cuba mencerna kata-katanya.

"Aisyah, yes or no?" Lamunanku tersentak. "Yes sir! I do!"

Opss! Dia senyum. Aku tunduk malu.

Orang kata, jika kita cintakan seseorang, bebaskan dia. Jika dia kembali, maknanya dia memang tercipta untuk kita. Aku melepaskan Zhafran namun dia kembali semula padaku. Dia menyedarkanku bahawa
kita tidak boleh pilih dengan siapa kita hendak jatuh cinta. Dia membuatkan aku yakin pada diriku.. Banyak perubahan berlaku padaku sepanjang mengenalinya. Dia membuatkan aku percaya, sesiapa jua
berhak untuk bahagia kerana bahagia diusahakan oleh kita sendiri.

Luahkan hasrat dan impian kita dengan ikhlas dan berusaha memperolehinya ..... Tiada doa yang tidak didengar, tiada usaha yang disia-siakan. Percaya pada diri dan hati kita. Cintailah diri dan cintailah segala yang kita ada, jangan persiakannya. Oleh itu, Zhafran, terima kasih untuk segalanya.

"Aisyah sayang, where are you dear? Come here honey, i need your
help."
"Yes sir!!"
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: cerita2 kehidupan...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 9:52 pm

enja Yang Menginsafkan

"Elok-elok la sikit," kata Julia lembut sambil membetulkan pakaian Ahmad. Ahmad tersenyum memandang isterinya.

"Cantik isteri abang hari ni," Ahmad mencubit pipi Julia lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Liz dan Lin melurumasuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung.
"Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Julia hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.

"Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?"

"Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Ahmad berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Teluk Intan mengambil masa lebih kurang empat jam. Liz dan Lin dah pun terlelap kat kerusi belakang, begitu juga dengan isterinya, Julia.

"Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Ahmad berkata dalam hati. Sedikit demi sedikit Ahmad menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Ahmad semakin seronok.

Ahmad dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Ahmad cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Ahmad masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.

"Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?" tiba-tiba Julia terjaga dari tidurnya.

"Tak ada apa la sayang, rileks... cepat sikit kita sampai kampungnanti."

"Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa... Jangan laju sangat bang, Julia takut." Julia cuba memujuk Ahmad supaya memperlahankan kenderaannya.

"Rileks Julia, tak ada apa-apa," Ahmad terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.

"Haaa... kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?" kata Ahmad setelah berjaya memotong bas ekspres tadi.

"Sudah la tu bang." "Ha... tu ada satu lagi bas ekspres. Julia tengok abang potong dia aaa... ." Ahmad terus masuk gear 3,pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.

Ahmad terus membelok ke kanan untuk memotong dan... di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan... BANG!!.

"Julia... bangun nak," sayup-sayup terdengar suara emaknya. Julia membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. "Mana abang Ahmad,mak? Macam mana dengan suami saya, mak? Liza, Linda.. mana anak-anak saya mak?" Bertubi-tubi Julia menyoal emaknya. Julia tak dapat menahan kesedihannya lagi. Julia menangis semahu-mahunya di depan emaknya.

Emaknya memandang Julia tepat-tepat. "Macamana dengan suami Julia mak, abang Ahmad?" Julia masih terus menangis.

PANGGG!!. Kepala Julia ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Julia terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
"Banyak la engkau punya suami! Muka dahlah tak cun, study pun malas, kerja pun takde, ada hati ! nak berlaki. Apa punya anak dara la kau ni?? Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang! Asar pun dah nak habis!" emaknya terus merungut sambil berlalu keluar... dan Julia tersengih keseorangan.

"Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! "
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: Nilai Tangan Seorang Anak...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 9:56 pm

Sepasang suami isteri, seperti pasangan lain di kota-kota besar, meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah, dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak inipun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar.

Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu...!" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh... cantik kan!" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu. Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara siibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.

"Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Bagi minum panadol tu, " balas si ibu. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas.

"Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu. "Tiada pilihan..." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.

"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku kebawah" kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, sibapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata. "Abah... Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah... sayang mama." katanya berulangkali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil... Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi, " katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya.

Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: Telur Rebus   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:03 pm

Aku ada cerita ni... Lawak la juga, tapi jangan ketawa tau... Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni sebab orang rumah aku masak sedap-sedap, so aku dah tak kisah lagilah.

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak. Aku pun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar aku pun singgah satu kedai makan tu. Ada telur rebus lah, aku pun makan
nasi dengan telur rebus. Lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang. Maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk ke rumah, isteri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepala ku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan. Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perut ku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteri ku ini. Aku pun tahan ler...

Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la... aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi... bunyinya PRROOTTT!!... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit...

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah. Aku kumpul dulu kasi padu... lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila... aku tutup hidung aku... aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la... mau mati bunga atas meja makan aku ni... sambil tu aku sebut 'ahhhh... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang... Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan
suruh aku buka kain penutup mata aku... laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni... Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong...ALAMAK!!!

Benda pertama aku lihat... muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah aku pun ada!!.

KANTOI...KANTOI...KANTOI...
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: Kisah Suami Isteri   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:05 pm

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe: kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe: Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: oh gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu, sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknyo be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak
lalu (rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe: Takdok gapo2. sikit jo be... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe: Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abang kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu.

Isteri: Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami: Masakan abg boleh lupa

Isteri: Kalau saya jadi bintang

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Kenapa bukan Ultraman...

Suami: Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... apa lah awak nie

Isteri: kalau saya jadi bunga

Suami: Abang jadi beginilah

Isteri: Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami:Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... yang mengado2 nak jadi bintang tu buek apo...

Isteri: Abe nie tok supo dulu... tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...

Suami: Takdo nak romantik kosmetik do...

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu (mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah...

Isteri: Aduh abe sakik nyo!!!!!

Suami: Apo kono eh awak nie... buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: PROMOSI SYURGA DAN NERAKA   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:10 pm

Alkisah ada seorang berkelana telah singgah ke satu gerai. Dikaunter gerai tersebut telah tertera "Promosi Syurga & Neraka". Maka si kelana tersebut pergi la ke kaunter utk mendapatkan penjelasan lanjut.

Apabila menghampiri kaunter tersebut beliau disapa oleh penyambut tetamu yang terus menyampaikan promosi tersebut. Kelana tersebut pun minta utk ditunjukkan keadaan neraka & syurga maka beliau dibawa menyaksikan dahulu keadaan neraka. Dilihatnya penghuni neraka sedang meminum arak, melakukan zina & perkara2 lain yg mengasyikkan. Manakala di syurga beliau lihat penghuninya tekun beribadat......yang pada pandangan beliau sungguh membosankan.

Beliau meminta utk mendapatkan pakej neraka yg pada pandangan beliau sangat menarik. Kerani kaunter telah mengingatkan bahawa apa bila pakej dipilih, setelah mati tak boleh ditukarganti. Si kelana tetap memilih neraka.

Diakhir hayatnya apabila kelana mati beliau terus ditempatkan ke neraka. Alangkah terkejut beruknya beliau kerana apa yang beliau hadapi adalah berbeza sekali dimana dilihatnya penghuni neraka sedang disiksa.....beliau terus berpatah semula dan bertanya kenapa tak sama dgn neraka yg dilihatnya dahulu....

Penyambut tetamu pun menjawab...ohh...itu cuma promosi sahaja......lagi pun tempoh promosi dah tamat....
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: Kenapa Tak Ketawa????   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:14 pm

Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puashati... seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

"Apakah persembahan mereka tidak kelakar? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak...", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: NIKMAT KASIH SAYANG   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:18 pm

nak ketiga saya cukup suka membawa pelbagai isu. Dia akan datang kepada saya atau ayahnya untuk mengenal pasti banyak perkara. Ada-ada saja aduan atau kritikan yang dilemparkan, selalunya mengenai tanggungjawab kami. Dia akan menyalahkan saya jika sesuatu tidak memuaskan hatinya. Namun saya bangga memiliki anak yang kritis mindanya walaupun sesekali ada juga rasa tersinggung dengan keceluparannya.

Dia anak yang pandai mencari ruang. Kalau perlu merayu dia akan merayu. Kalau perlu menangis dia akan meraung. Kalau perlu 'mengugut' dia tak segan-segan melakukannya. Kadangkala ketawa besar saya dan suami dibuatnya. Saya dan suami perlu bersedia dan sepakat menghadapinya. Kami perlu menggunakan idea logik untuk mematahkan hujahnya yang kadangkala menggelikan hati - hujah seorang anak kecil yang jujur dan bersih.

Suatu yang saya kagum dengannya ialah sikapnya yang akan meminta maaf apabila hatinya puas berhujah dengan saya. Jika dia kalah dia akan minta maaf sambil ketawa dan akan meminta maaf dengan lebih sempurna beberapa ketika kemudian.

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya mengenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa. Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.

"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.

"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.

"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.

Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah... Adik boleh usaha lagi."

"Cakap je tak apa...! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."

"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut.

"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.

"Apa asyik nak beli buku saja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk.

"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"

"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa untuk berusaha."

"Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli sajalah!"

"Betul tu...." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung bulan ni."

"Asyik-asyik tunggu hujung bulan... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."

Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.

"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.

"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.

Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.

Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.

Tiba-tiba tangisannya terhenti. Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.

"Tak baik Adik berkata begitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.

"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar kasih-sayang," kata saya.

Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.

"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.

"Kerana kasih-sayang lah Adik lahir dan kerana kasih-sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan kasih-sayang. Adik tak besar dengan duit!"

Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.

"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau. Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.

Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... terharu sungguh...!!

Untuk bapak-bapak dan Ibu-Ibu dalam menjalani kehidupan seharian, kasih sayang adalah pakaian yg lengkap untuk sesebuah keluarga. Kasih sayang yg anda semua berikan sekarang akan dapat anda rasai nya kembali suatu masa nanti.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: Nilai RM5   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:22 pm

Jalan di situ berlopak-lopak besar, terhinjut-hinjut Toyota Corolla Altis 1.8 ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio Perak, sekejap Kedah mengikut lambungan kereta. Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung, geli. Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan, tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak, t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit. Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudung labuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patut dijerukkan saja di tempat busuk ini. Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikit marah, mengetap bibir. "Nak apa?!" Dia terketar terkejut, sedikit berundur. "Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta..." Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan! "Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku, tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh, membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat. Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih. Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit. Menyelitkannya di celah kopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai, masuk universiti dan kerja besar. Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

"Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan ku hulurkan sahaja RM5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu- sedu. Menambahkan kerut dan mengelap mata dengan hujung kemejanya. "Kenapa ni? Gila?!" " Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa, mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit." Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku. Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah. Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah, kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja.

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ. Hampir 10 minit aku melayan meluat, melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu. Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi, berlagak seperti fakir. Mungkin... Dengan rasa ragu, aku menghampirinya. Dia memberi senyum lembut dan aku dengan rasa curiga bertanya terus. "Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?". Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut. Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur. Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya. Wang aku tadi, masih terlipat kemas. "Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah. Ambillah semula, nak." Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki. " Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan. Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi. Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak. Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat. Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka... belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: ALKISAH...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:24 pm

ni ada satu cerita...

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah la pemuda tu..hensem + macho lagi..muda plak lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi.....saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: ALKISAH...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:26 pm

ni ada satu cerita...

Suatu hari..seorang Makcik menyewakan salah satu biliknya
untuk seorang pemuda penyelidik nak buat kajian kat kampungnyer. .
Penyelidik yang dah bersetuju tu pun menyewa la..
Malam tu..
Time penyelidik tu nak mandi..maklum ler bilik air kampung..
Dah la pemuda tu..hensem + macho lagi..muda plak lagi..
Makcik tu pun "semacam" ler..dia pun nak pi ngendap si anak muda nie mandi....
Makcik nie kantoi sekali..oleh pemuda tu..
Kali keduanya pun kantoi..nak ngendap nie..
Kali ketiganya..pemuda tu naik bengang dan bagi warning..
" Kalau makcik ngendap saya sekali lagi.....saya rogol makcik!!!"
Kemudian..makcik tu keluarkan jari kelingking dan berkata...
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: INGAT MENGINGATI...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:30 pm

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan barakah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan dan kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda:
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN .
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu,
Bila DIA Lambat Makbulkan Doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu,
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu,Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun...
Kerana Kasih Sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya. .."
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

story santai minda... Empty
PostSubject: yahoooooooooooooo   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:38 pm

cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers cheers

DAH DPT B FULLL B FULL B FULL
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:50 pm

MAKCIK DARI KAMPUNG
Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur
untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ
dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada
orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh
kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel
mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang
pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan
itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah
melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu
berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung,
tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi
saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari,
apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak
tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.
Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:50 pm

UBAT SAKIT KEPALA
Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala.
Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya,
"Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?"
"Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos.
Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan
mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami
bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun
patut buat macam tu juga," terang Semaun.
"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:54 pm

PAK PANDIR KE KEBUN
Seperti biasa Pak Pandir hendak pergi memotong getah.
Mak Andeh akan menyediakan peralatan Pak Pandir. Pak
Pandir pun pergilah nak memotong getah.
"Hati-hati ya bang semasa tepi jalan besar tu nanti!"
pesan Mak Andeh.
Pak Pandir akan berjalan kaki melalui sebuah jalanraya
untuk sampai di kebun getahnya. Semasa Pak Pandir berjalan
di tepi jalanraya besar tersebut, ada sebuah papan tanda
yang baru dipasang betul-betul di depan kebunnya.
Selepas dia membaca papan tanda tersebut, dia pun pulang hampa.
Mak Andeh heran Pak Pandir pulang semula ke rumah lalu bertanya,
"Kenapa Bang?"
Pak Pandir pun menjawab, "Sejak bila la kerajaan tak bagi
kita memotong getah. Diletaknya papan tanda besar di tepi
jalan depan kebun kita tu papan tanda 'DILARANG MEMOTONG'."
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:56 pm

DAGING YANG BOLEH TERBANG DAN BERENANG SAHAJA
Salim sering mengeluh sakit kepala dan dada.
Doktor menganjurkan agar dia berhenti merokok dan
minum minuman keras. Selain itu harus berhenti makan
daging kambing, daging kesukaan Salim.
Doktor: "Jangan lupa daging kambing. Anda hanya boleh
makan sayur-sayuran dan daging haiwan yang boleh
berenang dan terbang"
Setelah tiga hari berlalu sang Doktor menalifon Salim
mengingatkan Salim agar makan hanya daging yang boleh
berenang dan terbang sahaja. Tiga bulan kemudian Doktor
mengunjungi ke rumah Salim untuk melihat perkembangannya.
Dia diberitahu oleh orang gajinya Salim ada di kolam renang.
Mendengar itu, Doktor merasa tenang kerana menyangka Salim
bukan hanya mengikuti arahannya, tetapi juga mahu berolahraga
untuk meningkatkan kesihatan tubuhnya. Doktor langsung
bergegas menuju ke kolam renang di mana Salim berada.
Namun apa yang dilihatnya di kolam renang? Salim berada
di dalam air melatih kambing berenang!!!
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitimeSun Jun 07, 2009 10:58 pm

PENUMPANG DEGIL YANG *****
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut
perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal
terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari
menghampirinya, lalu menyapa,
"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini,
gadis secantik saya tak layak duduk di sana,
nanti orang tak nampak saya, faham tak??"
herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat
duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang.
Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu
kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga
gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu
bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya
pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.
Back to top Go down
Sponsored content





story santai minda... Empty
PostSubject: Re: story santai minda...   story santai minda... Icon_minitime

Back to top Go down
 
story santai minda...
Back to top 
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA :: BORAK APA SAJE-
Jump to: