PAHANG RIDERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeLatest imagesPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

 

 tips pertolongan cermas..

Go down 
2 posters
AuthorMessage
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 51
Location : Chini Timur

tips pertolongan cermas.. Empty
PostSubject: tips pertolongan cermas..   tips pertolongan cermas.. Icon_minitimeFri Jul 17, 2009 4:58 pm

brothers and sisters yang dihormati

berikut adalah sedikit sebanyak tips untuk membantu apabila terlihat sesuatu kemalangan

sebelum melakukan bantuan kecemasan, elok kita ade basic knowledge kenapa kita perlu melakukan bantuan tersebut.
ini kerana setiap tindakan bantuan adalah untuk mencapai objektif bagi mengawal masaalah utama sewaktu kemalangan.
so,
a) Masaalah utama apabila berlaku kemalangan.
1)--kecederaan otak (brain injury)
2)--pendarahan (luaran atau organ dalaman) serta gangguan sistem jantung dan salur darah.
3)--patah ( spine,rusuk atau tulang-tulang lain)--sila baca dibawah..
4)--jangkitan kuman ( akibat luka luaran)
5)--psikologi/trauma--untuk mangsa yang sedar dan tak serius masa tu..



konsep waktu selepas kemalangan
jadi pada asasnya, ade tiga peringkat waktu dimana komplikasi kemalangan akan berlaku
1) immediately lepas accident
2) few hours after accident ( Golden Hours)--waktu di mana sekiranya rawatan dan bantuan kecemasan yang efektif diberi,boleh menyelamatkan nyawa pesakit..dan mengelakkan peringkat ketiga terjadi.
3) days and weeks dan selanjutnya

so,biasanya pada peringkat 1, kecederaan tu memang dah ade dan tak dapat dielakkan.Eg: pendarahan otak, pendarahan hati,patah kaki..peringkat 3 pulak biasanya lewat, misalannya pada ketika accident, mangsa cuma retak tulang leher,tapi bila dialihkan dengan kasar,retak terus jadi patah teruk,dan rosak tulang belakang dan lumpuh!!!!,
golden hour ini yang aku nak tekankan kat sini..

sebabnya, kita akan dapat membantu (secara BERKESAN) mangsa tersebut

prinsip bantuan kecemasan

FIRST--make sure somebody contact Hospital atau Klinik terdekat!!!
kemudian baru beri bantuan
ABC
A--Airway---pastikan mangsa dapat bernafas dengan baik.penting kita tgk dalam rongga mulut atau hidung mangsa. tgk kalau ade batu, pakaian,tulang,ketulan darah--dimana dia tak dapat nak bernafas.Buang benda asing ni,dan tgk dia boleh bernafas ke tak. (Kalau ada peralatan, boleh gunakan alatan seperti airway atau ET tube,biasanya dilengkapi dalam ambulans)
B--Breathing--tgk die bernafas ke tak
c--Circulation--ini basically tengok peredaran darah mangsa. Kalau ade tempat yang berdarah,walaupun kecil,compress dengan kain bersih!!! jangan biarkan darah terus mengalir.

lepas survey ni, kalau tak ok, maka CPR akan dijalankan oleh yang berpengalaman..
kalau ok,mangsa stabil,barulah kita alihkan mangsa...
(kalau tak stabil maksudnya pendarahan amat teruk, gangguan pernafasan serius, di mana CPR perlu dilakukan on the spot tanpa delay)..otherwise kalau pesakit masih stabil dan jalan raya amat sibuk,maka elok pindahkan pesakit seperti di bawah..

kemudian baru alihkan mangsa!! 3 yang kat atas ni boleh dilakukan dengan pantas,less than 5 minutes..
sewaktu nak alih seeloknya dapatkan papan or board keras!!--letak mangsa atas tu dan alihkan
mangsa nak angkat,pastikan leher dan belakang badan sentiasa lurus.
MANGSA BOLEH LUMPUH--dan pernah terjadi.
dalam bidang perubatan, komplikasi ni dinamakan C-Spine injury iaitu cervical spine injury yang boleh dielakkan.

basically macam tu le.
sila tambah dimana yang kurang
TQ......
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 51
Location : Chini Timur

tips pertolongan cermas.. Empty
PostSubject: Re: tips pertolongan cermas..   tips pertolongan cermas.. Icon_minitimeFri Jul 17, 2009 5:05 pm

berkaitan dengan menanggalkan helmet mangsa
ade few things perlu dipertimbangkan
ade pro and cons

Pro-- dapat menilai jika ade kecedaran luaran di kepala, pendarahan,koyakkan.
--- dapat memberi ruang kepada mangsa untuk lebih selesa

cons--tapi kekadang ade pendarahan di kepala, dengan adenye helmet, darah beku akan terbentuk atau tulang yang
patah akan bertindak sebagai penampan, dan menghentikan pendarahan..
once helmet dibuka, maka faktor ini dah takde,dan pendarahan atau bengkak otak (brain oedema) akan terbentuk
kembali, tak keadaan lebih serius berlaku.

pernah ada satu kes,mangsa eksiden,muda lagi..biker kena langgar dengan kereta.
lepas terjatuh,die bangun,naik motor die dan terus ke balai polis buat report
lepas abis jumpa polis,tulis report (helmet pakai lagi masa tulis report)
lepas tu,kat balai polis tu,dia pun tanggalkan helmet
immediately lepas tanggalkan helmet
die pengsan dan meninggal on the spot...

mungkin ada pendarahan dlm organ badan lain,atau mungkin seperti aku terang kat atas.

so, kesimpulannya..
sebaiknya perhatikan mangsa
tengok as a whole
kalau nampan macam ade darah meleleh dari dalam helmet, boleh TANGGALKAN
tapi MAKE SURE ade kain bersih,dan pihak hospital dan dihubungi
maknanya,bile kite tanggalkan helmet,nampak ade darah memancut,(boleh berlaku)
terus tekan dengan kain bersih
dah bandagekan kepala mangsa kalau boleh

similarly,untuk bagi minum air
kalau mangsa ok,sedar,takde pendarahan banyak
boleh bagi minum SEDIKIT
kalau ade darah dari mulut,hidung or luka terbuka (open wound) di leher
kena kaji,sama ada air akan menerukkan keadaan mangsa

apa-apapun
basic seperti yang aku terang kat atas boleh diaplikasi dalam semua kes kemalangan
ok
sila tambah ape-ape yang kurang
thanks
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 51
Location : Chini Timur

tips pertolongan cermas.. Empty
PostSubject: Re: tips pertolongan cermas..   tips pertolongan cermas.. Icon_minitimeFri Jul 17, 2009 5:09 pm

ada lg 1 ni...
dlm bidang Sport Injury...di sebut TOTAPS...
bole guna sikit2 dalam menilai kecederaan...
ia di sebut Prosedur Penilaian Kecederaan

T= Talk dgn mangsa...klu dia bole bcakap la...
tanya mangsa kt mana yg sakit, cedera...
O= Observe. bila pesakit bgtau kat mana tmpat sakit tu...kita tengok n nilai la tahap kecederaan tu...
klu teruk.. or ringan...
T= Touch. sentuh untuk menilai tahap kecederaan..hati2 kalu ada pendarahan....skg ni bahaya tkut ada
jangkitan dari darah...mcm HIV, hepatetis kaaa...
A= Active movement...ni klu dlm sukan...minta dia bangun n bgerak...klu boleh bgerak..kira tak teruk la
kecederaan tu...(mgkin kurang bkaitan dgn kemalangan jalanraya)...
P=Pasive movement. klu dia tak bole bdiri or bgerak...kita bantu dia (jg lebih kepada aspek sukan)
S=Skill ( ni directly aspek sukan...)

kemudian...kita bole guna RICE plak
R=Rest...rehatkan mangsa kemalangan tu...
tenangkan dia...
I=Ice..klu ada ice la...icekan tempat tu..
ni utk kecederaan kecik..klu besar...tak bole la tu...
C=comprese. tekan tempat pendarahan tu..(klu kecik la) ini untuk mengurangkan dan mehentikan
pendarahan.
E=Elavation. Tinggikan tempat yg cedera/berdarah tu dari paras jantung... ini untuk mengurangkan
pendarahan...(faktor graviti...cecair darah mengalir dari tmpat tinggi ke rendah - so tinggikan
bahagian yg cedera tu

Doc...klu tak betul..sila betulkan...hamba hanya belajar...tak layak menjadi doc pn...
tapi beberapa perkara bole di gunakan untuk membantu mangsa2 kemalangan sebelum pakar/doc/JPA3 datang....selamatkan nyawa...mereka ada org2 yg disayangi...
Back to top Go down
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

tips pertolongan cermas.. Empty
PostSubject: Re: tips pertolongan cermas..   tips pertolongan cermas.. Icon_minitimeSat Jul 18, 2009 2:22 am

thanks for the tips bro... sungguh informative and educational..
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
Sponsored content





tips pertolongan cermas.. Empty
PostSubject: Re: tips pertolongan cermas..   tips pertolongan cermas.. Icon_minitime

Back to top Go down
 
tips pertolongan cermas..
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» tips kecantikan
» Tips Nak Maintain Badan!!!
» health tips - Roti Canai & Nasi Lemak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: KOPITIAM@BORAK KOSONG-
Jump to: