Pada satu hari, Pak Apit pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu
kat kawasan tasik, Pak Apit tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam
tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Apit.
Pari Pari: Kenapa dengan kau?
Pak Apit: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Apit: Tidak.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Apit: Tidak, kapak aku buruk sahaja.
Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari Pari: Inikah kapak kamu?
Pak Apit: Ya, itulah kapak buruk aku.
Pari Pari Tasik suka sikap Pak Apit yang jujur itu lalu memberikan
ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Apit berjalan di sekitar tasik yang sama bersama
isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Apit susah
hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Apit..
Pari Pari: Kenapa kau bersedih?
Pak Apit: Isteriku jatuh ke dalam tasik.
Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Fasha Sandha.
Pari Pari: Inikah isteri kau?
Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."
Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu
telah menjadi tamak".
Sambil menahan pilu Pak Apit menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata
'tidak' pada Fasha Sandha... kau akan bawakan pula Zila Bakarin...kalau
aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku..bila aku kata
'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak
mampu tanggung mereka semua".