PAHANG RIDERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeLatest imagesPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

 

 PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA

Go down 
3 posters
AuthorMessage
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Empty
PostSubject: PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA   PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Icon_minitimeThu Jun 25, 2009 9:32 pm

Berikut ada beberapa petua tradisional untuk muslimin & muslimah...

1. Digigit Binatang Bisa
- Sapukan tempat yang sakit itu dengan air perahan tembakau @ asam jawa.Insya Allah bisanya akan tawar.

2. Pakaian Terkena Karat
- Ambilkan beberapa biji buah belimbing buluh yang masak dan sentalkan kuat2 pada bahagian yang terkena karat.

3. Memelihara Penglihatan Anda
- Renungilah tumbuh-tumbuhan yang hijau setiap pagi selama 10-15 minit.Insya Allah lihatlah hasilnya.

4. Bayi Tidak Tidur Lena
- Sapukan pada bantal bayi itu dengan bedak yang selalu dipakai oleh ibunya.Insya Allah berjaya.

5. Gigi Berlubang
- Ambil getah pada tampuk buah betik yang masih muda.Dengan menggunakan kapas,sapukan pada gigi yang sakit.

6. Mata Bayi Bertahi
- Cuba titipkan susu ibu ke mata bayi dan lakukan acapkali dalam sehari.Tetapi ibu mestilah menghentikan pengambilan jamu untuk membuat rawatan ini.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
tpkclb
BuDak HinGusan
BuDak HinGusan
tpkclb


Posts : 31
Join date : 2009-06-16
Location : Ktn

PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Empty
PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA   PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Icon_minitimeFri Jun 26, 2009 11:29 am

petua nak kuat ada tak ....
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 51
Location : Chini Timur

PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Empty
PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA   PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 12:20 am

petua mendidik anak

Usia sebelum 7 tahun
1) Sebaik dilahirkan, Azan di telinga kanan dan Qamat di telinga kiri
2) Mandikan
3) Berikan nama yang baik
4) Jika 4 anak lelaki, ada seorang yang sama namanya dengan Nabi S.A.W
5) Buat Aqiqah
6) Menyusukan anak - paling lama 2 tahun atau 21/2 tahun
7) Hampir umur 7 tahun
a. ajar solat (berjemaah) – suruh anak lelaki Azan & Qamat
b. Tidak boleh tidur di bawah satu selimut dengan adik perempuan
Cool Sebelum anak tidur, cuci muka dan tangan dengan air suam & tuala (dakwah wuduk)

7-14 tahun & 14-21 tahun
1) Ajar baca Al-Quran & kenal ayat-ayat Allah serta maknanya sewaktu usia 7 tahun
2) Apabila capai usia 10 tahun, pukul jika tinggalkan solat.
3) Jangkau usia 10 tahun, asingkan tempat tidur anak lelaki dan perempuan
4) Ajar Hadis tentang amalan harian
5) Tanamkan rasa cinta kepada Nabi S.A.W
6) Ajak anak beriadah & jangan terlalu manjakan
7) Jangan bersikap kasar, tepati bila berjanji, jangan bezakan anak
Cool Bersalam & cium tangan ibubapa
9) Didik beri dan jawab salam
10) Budayakan beri sedekah (misalnya, suruh anak letak duit dalam bekas pengemis di pasar malam atau di tabung masjid)
11) Ajar biasakan ucap “Bismillahirahmanirahim” sebelum mulakan tugasan
12) Ajar doa-doa harian
13) Didik ucap “Terimakasih” dan “Alhamdulillah”
14) Tunjuk contoh baik layan tetamu, budaya membaca (Al-Quran terutamanya) dan rajin berusaha
15) Jika anak lakukan kesalahan, bersikap tenang & jangan cepat marah atau beri hukuman. Panggil masuk bilik dan suruh ibu bersuara - jelas sebab apa salah dan bila dah terbukti salah, ayah boleh bersuara dan beri hukuman ringan (misalnya, sapu sampah, cuci kenderaan, dll.)
16) Jangan biasakan anak makan-minum, ambil dan beri dengan tangan kiri
17) Ajar pelbagai adab dan petua yang baik (misalnya, wuduk sebelum tidur, cara tidur,cara buang air besar dan kecil, dll.)
18) Ajar bersyukur dengan nikmat Allah S.W.T
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 51
Location : Chini Timur

PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Empty
PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA   PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 12:23 am

Petua 8P Siti Nur Bahyah

Siti Nur Bahyah berkata, P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

Katanya, P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

“P seterusnya ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

“Perhatian adalah P keempat yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan,” katanya yang menulis buku Cakar Harimau - Tips Kebahagiaan Rumah Tangga, Amalan Ibu Mengandung dan Panduan Mencerdaskan Minda.

Siti Nur Bahyah berkata, P seterusnya mewakili ‘persefahaman’

Menurutnya, P selanjutnya membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

Beliau berkata, satu lagi P adalah ‘percutian’ di mana kita perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangan di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.

Katanya, P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama bagi mengurangkan panas baran suami.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.
Back to top Go down
dtkcrow
B FULL
B FULL
dtkcrow


motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100
email : dtkcrow@hotmail.com
Posts : 1101
Join date : 2009-05-25
Age : 49
Location : kuantan

PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Empty
PostSubject: Resepi awet muda :   PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Icon_minitimeFri Jul 03, 2009 6:33 pm

Resep awet muda :

1. Hadapi segala maslah dengan santai dan tenang, tanpa melupakan masalah anda sendiri.
2. Bersedih hati janganlah terlalu berkepanjangan. Carilah bahan pelipur dan berusahalah menyibukan diri.
3. Jauhkanlah amarah, karena kemarahan memakan energi yang berpengaruh buruk terhadap fisik.
4. Bila sesuatu dapat diselesaikan dengan ketenangan, mengapa harus dibarengi dengan ketegangan.
5. Kedengkian dan iri hati berpengaruh buruk terhadap peredaran darah dan jantung anda.
6. Hadapi orang marah dengan tenang dan jangan masukan kedalam hati.
7. Jangan memperdulikan hal-hal yang dilakukan orang lain, apalagi memvonisnya.
8. Dunia ini berputar, bila anda sedang berada dibawah, jangan putus asa. Ada saatnya anda pasti
akan naik keatas. Tetapi bila sudah berada diatas, ingatlah bahwa anda dapat jatuh.
9. Terimalah penderitaan dengan pasrah dan takwa kepada Tuhan, karena penderitaan selalu
membawa hikmah suatu kebahagiaan.
10. Fisik anda harus anda jaga dengan olah raga.
11. Jangan lekas merasa tua, karena dibanding dengan esok anda masih muda sekarang.
Back to top Go down
http://asyriffa.blogspot.com
Sponsored content





PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Empty
PostSubject: Re: PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA   PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA Icon_minitime

Back to top Go down
 
PETUA-PETUA UNTUK DIKONGSI BERSAMA
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» PETUA-PETUA UNTUK MENAMBAT HATI ISTERI
» masalah kelawar
» LAGU UNTUK PAHANG RIDERS
» RAYA REUNION RIDE - 3R
» JPJ BERSAMA RAKYAT

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA-
Jump to: