PAHANG RIDERS UNITED ON ONE STAND |
|
| hiLanGKan TeNsEnmU iTU.... | |
| | Author | Message |
---|
dtkcrow B FULL
motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100 email : dtkcrow@hotmail.com Posts : 1101 Join date : 2009-05-25 Age : 49 Location : kuantan
| Subject: hiLanGKan TeNsEnmU iTU.... Sun Jun 21, 2009 11:20 am | |
| Terkena
Ada 4 orang sahabat. Mereka duduk satu rumah dan belajar di pusat pengajian tinggi yang sama. Nak di jadikan cerita, mereka ni unaware hari khamis itu satu test, kira last minute lah baru tahu (biasalah, student ni kadang-kadang, ponteng, lepas itu tak nak tanya2kawan-kawan) . So, mereka berfikir lah, macam mana nak elakkan daripada mengambil ujian pada hari tu.nak kelentong professor lah ni. Ada seorang tu, cadangkan rumah terbakar lah,tapi ada yang bantah.macam tak logik sangat, banyak laks soal jawab nanti dengan professor.
Last2, dapat idea yang mereka fikir sangat bagus. Salah seorang itu telefonlah si professor itu. Cakap sebiji tayar kereta mereka pecah. sekarang mereka kat highway, tak sempat nak sampai on time (kira jauh lah). Professor pun setuju lah menangguhkan ujian ke hari isnin depan. lega... Mereka fikir, sempat lah nak study kejap. Hari Isnin pun sampai. Ujian tu professor buat kat bilik dia. Yerla, 4 orang saja. Senang nak monitor kalau2 ada lah yang nak meniru2 ke, bincang jawapan ke. Ujian pun bermula.. Ada2 soalan saja.
Soalan pertama,1 markah. Wah, sikit saja. Professor tanya apa nama subjek ujian yang mereka tengah ambil ni.
OK. senanglah kan.
Soalan 2, 99 markah. Ha, ambik kau.... terkejut.... Cuba teka apa soalan yang professor itu bagi ?
Soalan ke 2 : tayar kereta belah mana yang pecah ? Macam mana nak jawab? Jawapan tak boleh bincang. Kalau seorang jawab depan kiri, seorang jawab depan kanan, yerlah, ada 4 kemungkinan kan, professor boleh detect lah mereka menipu...... he he he, tu lah, lain kali jangan tipu professor. | |
| | | dtkcrow B FULL
motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100 email : dtkcrow@hotmail.com Posts : 1101 Join date : 2009-05-25 Age : 49 Location : kuantan
| Subject: SURAT CINTA SENAH Sun Jun 21, 2009 11:20 am | |
| SURAT CINTA SENAH
Senah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur . Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru.
Punyalah eksyen si Senah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Senah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Senah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya.
Begini bunyi surat yg ditulis oleh Senah binti Kulup Kecil, yg berjaya "dicuri" ... ************ ********* ********* ********* ********* ********* ********* ********* ** Mike.... I WANT TO CUT CONNECTION US. I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times.
Safe walk.. Senah | |
| | | dtkcrow B FULL
motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100 email : dtkcrow@hotmail.com Posts : 1101 Join date : 2009-05-25 Age : 49 Location : kuantan
| Subject: SEBUAH KISAH TERPENCIL MENGENAI SEORANG PAKCIK Sun Jun 21, 2009 11:21 am | |
| Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.
Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?" Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan ? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja.
Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya. Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya?
Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra." Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?"
Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur , nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu." Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah. "Jadi?" tanyanya lagi. "Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi.
Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama? Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya? ,
“SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR! CIKAI BETUL!!" | |
| | | dtkcrow B FULL
motor : YAMAHA MAJESTY / HONDA ST1100 email : dtkcrow@hotmail.com Posts : 1101 Join date : 2009-05-25 Age : 49 Location : kuantan
| Subject: Re: hiLanGKan TeNsEnmU iTU.... Sun Jun 21, 2009 12:38 pm | |
| Sedikit panduan yang anda mungkin buleh gunakan untuk mencari "saing" atau teman sehidup semati anda, hanya dengan melihat fizikal sahaja - petua mudah. Kali ini marilah kita sama2 belajar mentafsir personaliti dan tabiat seseorang dengan cara melihat perut si dia, ehemmmm!
Bulat
Perut bulat dan agak buncit sedikit. Pemiliknya dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum pakainya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki. Sape nak cepat kaya carilah si dia yang istimewa ini.
Buncit
Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan. Hanya petua sahaja jangan terbawa2 pulak nanti.
Tinggi tajam
Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Individu ini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi. Buleh caya ke?
Rata/Flat
Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana banyak. Meskipun ‘trend’ masakini yang inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas. | |
| | | rahmatchini B FULL
Posts : 441 Join date : 2009-05-29 Age : 51 Location : Chini Timur
| Subject: Re: hiLanGKan TeNsEnmU iTU.... Sun Jun 21, 2009 3:02 pm | |
| - dtkcrow wrote:
- Sedikit panduan yang anda mungkin buleh gunakan untuk mencari "saing" atau teman sehidup semati anda, hanya dengan melihat fizikal sahaja - petua mudah. Kali ini marilah kita sama2 belajar mentafsir personaliti dan tabiat seseorang dengan cara melihat perut si dia, ehemmmm!
Bulat
Perut bulat dan agak buncit sedikit. Pemiliknya dikatakan berjaya dan kaya. Makan minum pakainya sempurna. Seorang yang pemurah dan murah rezeki. Sape nak cepat kaya carilah si dia yang istimewa ini.
Buncit
Perut yang buncit diumpamakan seperti beg yang penuh berisi duit. Orang ini memang banyak duit tetapi kuat membazir, pemalas dan kuat makan. Hanya petua sahaja jangan terbawa2 pulak nanti.
Tinggi tajam
Bahagian atas perut tinggi dan tajam, buncitnya menghala ke atas. Individu ini kurang rehat. Sangat kuat bekerja tetapi duit yang dikumpulnya sedikit. Individu ini sanggup melakukan pelbagai kerja untuk mencari sesuap nasi. Buleh caya ke?
Rata/Flat
Perutnya sangat rata dan leper. Pemiliknya seorang yang bijak, pencinta seni dan berjiwa besar. Jumlah simpanan wangnya sederhana banyak. Meskipun ‘trend’ masakini yang inginkan perut yang leper dan rata, ia sebenarnya tidak baik untuk kesihatan dan keseimbangan badan. Hal ini disebabkan oleh kehilangan zat-zat penting untuk tubuh badan dan minda yang sihat dan cergas. perut aku....ok lagi kot... he he he... | |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: hiLanGKan TeNsEnmU iTU.... | |
| |
| | | | hiLanGKan TeNsEnmU iTU.... | |
|
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| |
|