PAHANG RIDERS
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PAHANG RIDERS

UNITED ON ONE STAND
 
HomeLatest imagesPAHANGRIDERS.COMRegisterLog in

 

 tips kecantikan

Go down 
AuthorMessage
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:13 am

Buah Mengkudu Mencegah Kelemumur & Rambut Gugur

Cara untuk mengatasi masalah kelemumur dan mengatasi masalah keguguran rambut ialah dengan menggunakan buah mengkudu.

Ambi tiga biji buah mengkudu yang telah masak dan buah zaitun yang telah ranum. Hancurkan buah mengkudu dan zaitun yang masak itu dengan air panas. Kemudian sapukan rata-rata di kepala biarkan selama 15 minit barulah dicuci dengan air limau nipis.

Jika dilakukan selama dua minggu berturut-turut, Insya Allah masalah kelemumur dan keguguran rambut akan selesai.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:13 am

Cara Mudah Bersihkan Bulu Ketiak

Bahagian ketika jika tidak dibersihkan akan mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan. Bau ini akan lebih ketara jika bulu ketiak tidak dibersihkan.

Cara yang paling mudah lagi menjimatkan untuk membersihkan bulu ketiak ialah dengan menggunakan kapur sireh. Sapukan kapur sireh rata-rata pada bahagian kulit dan bulu ketiak dan kemudiannya biarkan ianya kering. Anda akan dapati bulu ketiak mudah dicabut dengan tangan.

Setelah berkali-kali melakukannya,bulu ketiak yang tumbuh akan berkurangan dan pertumbuhannya lebih lambat. Ini kerana kapur sireh dapat mematikan kelenjar yang meransangkan pertumbuhan bulu ketiak.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:14 am

Hilangkan Parut Luka

Aha.... berparut di badan ya... Ini mesti budak nakal ni... Suka memanjat ya?....

Ohhh... bukan nakal... dapat parut secara tidak sengaja ya?. Tidak mengapa. Kalau nak hilangkan parut tu (agaknya dah bertahun-tahun), ini petuanya. Cuba dulu. Jika diizinkan Allah, pasti berhasil.

Goreng segenggam beras (jangan goreng dengan minyak pula), biarkan ia kekuning-kuningan. Lepas tu tumbuk atau hancurkan hingga lumat / luncai. Gunakan apa yang patut. Kemudian campurkan beras yang kau lumat-lumatkan tadi dengan air asam jawa.

Lepas tu gosok-gosokkan le pada seluruh kulit badan. Aaa mestilah buat sebelum kau mandi... Kalau dah mandi buat lain kali je..lah. Petuanya, buat amalan ni setiap pagi sebelum mandi.. Kalau takut tak sempat pergi kerja, ha.. bangun awal sikit.

Kesannya kulit akan menjadi lembut dan lama-kelamaan parut akan hilang.

Selamat mencuba!
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:15 am

Petua hilangkan urat di kaki

Bagi ibu-ibu yang mengandung sentiasa mengalami urat-urat hijau yang timbul di kaki. Masalah ini berlarutan sehingga

anda melahirkan anak Untuk menghilangkan urat yang timbul, anda hendaklah tidur dengan menaikkan kaki lebih tinggi

daripada kepala anda. Anda juga boleh amalkan dengan mengambil sebesen air suam-suam kuku. rendamkan kaki anda

ke dalam air tersebut antara 10 hingga 15 minit setiap hari. Lakukan sehingga anda berpuashati dengan hasilnya.

Cara lain ialah dengan mengurut urat-urat tersebut dengan minyak secara perlahan-lahan setia hari.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:16 am

Petua Hindarkan Kulit Berkedut

Untuk mengelakkan kulit bahagian perut berkedut, terutamanya selepas bersalin, ikuti cara di bawah:

Ambil satu sudu kecil air limau nipis

Ambil 20 titik minyak kayu putih

Ambil satu sudu kecil air kapur sirih

Gaulkan kesemuanya dan sapukan kepada kesan-kesan pecah di perut.

Lakukan selama dua minggu berturut-turut. Insya Allah berhasil.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:17 am

Petua Kekalkan Kelangsingan Badan

Petua ini buat mereka yang ingin mengekalkan kelangsingan badan. Selain daripada memakan makanan yang seimbang dan banyakkan memakan buah-buahan, anda boleh amalkan petua berikut:

Makanlah dengan teratur mengikut masanya, jangan makan makanan lain di antara senggang antara waktu-waktu makan berkenaan, makanlah hanya apabila anda berasa lapar dan berhenti sebelum anda berasa kenyang. Dengarnya mudah tapi sukar untuk diamalkan.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:18 am

Masalah Jerawat

Masalah jerawat ke cik siti?.

Jangan kau bersusah hati.

Amalkan petua ini

Insya Allah kan senang hati.



Hari-hari bancuh Teh

Ada uncangnya jangan buang

itu hampas kasi keluar deh,

sapukan ke muka penuhi liang-liang



Hari-hari buat kena sabar

jerawat hilang muka pun segar.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:19 am

Petua naikkan seri wajah

Ibu yang baru melahirkan anak, biasanya berwajah pucat dan lesu. Untuk kembali menaikkan seri wajah, amalkan

petua ini: Ambil secawan beras, bersihkan dan kisar (jangan terlalu halus). Kemudian ambil sebuku kunyit hidup,

kikis kulitnya, basuh dan kisar (atau parut). Bancuhkan beras halus dan kunyit tadi dengan air suam untuk dijadikan

bedak sejuk yang agak pekat. Cuci muka anda dengan air bersih setiap hari dan kemudian sapukan bedak sejuk

itu ke muka secara perlahan-lahan. Gosokkan juga bedak ke bahagian leher dan biarkan ia kering sendiri.

Amalkan selama tiga malam berturut-turut, Insya Allah berhasil menaikkan kembali seri wajah anda.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:20 am

Hitamkan dan Lebatkan Rambut

Rambut anda gugur?. Ada banyak cara mengatasinya. Satu daripadanya ialah dengan menggunakan daun inai. Ambil seberapa banyak daun inai. Tumbuk sehingga halus. Kemudian campurkan sedikit air asam jawa.

Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicit-micitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bersihkan kepala anda. Amalkan seminggu dua kali. Insya Allah.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:21 am

Petua Cantikkan Kulit Bayi Yang Bakal Lahir

Ibu-ibu yang mengandung enam bulan ke atas dinasihatkan meminum air kelapa muda bagi tujuan ini. Minumlah seminggu sekali dan jangan minum terlalu banyak. Cukup dengan segelas sahaja. Insya Allah berhasil.
Back to top Go down
rahmatchini
B FULL
B FULL
rahmatchini


Posts : 441
Join date : 2009-05-29
Age : 50
Location : Chini Timur

tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitimeWed Jul 01, 2009 1:22 am

Menjaga Rambut Agar Tidak Pecah Di Hujung

Untuk mengelakkan rambut sering pecah di hujungnya dan kelihatan tidak berseri, jangan sekali-kali membiarkan rambut tergulung dalam penggulung rambut terlalu lama. Jangan menggunakan pengering rambut terlalu kerap.

Sebaiknya setiap kali mencuci rambut, bilas sebersih-bersihnya kemudian keringkan dengan tuala kering dan beruslah rambut anda sekurang-kurangnya seratus kali sbelum tidur malam. Insya Allah rambut akan lebih berseri.

Selamat mencuba!
Back to top Go down
Sponsored content





tips kecantikan Empty
PostSubject: Re: tips kecantikan   tips kecantikan Icon_minitime

Back to top Go down
 
tips kecantikan
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» tips pertolongan cermas..
» Tips Nak Maintain Badan!!!
» health tips - Roti Canai & Nasi Lemak

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
PAHANG RIDERS :: TAMBAHAN EXTRA-
Jump to: